Pages

Monday, 5 August 2013

You Are Not Alone

Assalamualaikum & salam sejahtera semua :D


     Saat bersendirian, siapa kata awak sorang2? Tahu tak yang Allah tu ada setiap masa. Sedar tak adanya malaikat di kiri kanan awak yang sedang menemani awak setiap masa? Saat awak rasa down, unhappy, kat siapa awak luahkan perasaan tu? Pernah dengar tak peribahasa pasal ‘kawan ketawa ramai. Kawan menangis sendirian’? *eh, macam salah je kan bunyinya?* :b

     Walau apa pun, tahu kan yang manusia itu ada kalanya mengecewakan. Tetapi tidak Allah. Sentiasa ada dengan kita di saat kita senang dan susah. Malah ada perumpamaan mengatakan selangkah kita berusaha mendekatiNya, seribu langkah Dia juga mendekati kita. Tapi, selangkah kita menjauh daripadaNya, seribu langkah Dia jauh dari kita *Nauzubillah*

     Luahkan semuanya pada Allah. Sesungguhnya Allah itu maha Mendengar, maha Mengetahui, maha Melihat. Malah Allah itu lebih dekat daripada urat2 dalam diri kita sehingga kan apa yang kita cakap dalam hati pun Allah boleh dengar. *SubhanaaAllah*Tak rugi pun nak dekatkan diri dengan yang Mencipta. Bagi yang dalam usaha untuk berhijrah, memang pada awalnya nampak ‘susah’. Tapi set kan minda, hati, bulatkan tekad untuk berubah. InshaAllah akan dipermudahkan olehNya ^_^

     Ada tu pulak dia rasa sedih, kecewa, terkilan sebab tak ada siapa pun yang minat dekat dia. Lepas tu keluar la status I'm Forever Alone la, I'm Single la, macam2 lagi. Patutnya awak bersyukur kerana hati itu masih lagi dapat dijaga daripada mendekati zina. Jangan salah faham ya, zina itu wujud dalam 3 situasi, mata, hati dan perbuatan. Kenapa couple dikatakan mendekati zina? Sebab bila dah bercouple, tipulah kalau cakap tak rasa rindu pun dekat si bf/gf awak tu kan. Bila rasa rindu tu melebihi rindu awak pada yang Mencipta, mulalah segala apa yang awak lakukan tak lebih tak bukan nak tarik perhatian bf/gf awak tu. Ingat ya, dalam mencari redha Allah, letakkanNya sebagai yang paling atas sekali dalam niat kita. InshaAllah. Redha Allah itu perlu dicari, bukan dinanti :) Tiada istilah 'couple Islamic' dalam Islam. Ramai tahu couple tu haram, tetapi berapa ramai yang akan betul2 berpegang padanya? Tepuk dada tanya iman (:

      Saat kita diuji oleh Allah, kena tahu itu tandanya Allah sayang kat kita. Banyak2 doa pada Allah mohon pertologan. Ada hikmah setiap apa yang jadi pada kita. Kalau kita cuba dalami hikmah yang kita dapat, memang indah sungguh rasanya. Allah tak akan bagi ujian yang beratnya melebihi kemampuan hambaNya *masha Allah* Wallahua’lam.

Yang sering terleka,

No comments:

Post a Comment