Pages

Thursday, 14 July 2016

Dapat UMS?

Bismillah.. Setelah setahun lebih berlalu, baru terfikir nak update blog. Ahaha~



Alhamdulillah sekarang ni dah habis dah pun tahun kedua degree, tengah nak tunggu bukak sem untuk tahun yang ketiga, tahun yang terakhir sebagai seorang mahasiswi UMS. Yep, UMS. Universiti Malaysia Sabah.

Bila tengah exam hari tu, ramai tanya bila nak balik Malaysia? Ehem, Sabah pun Malaysia okey -.- Please, go open your history and geography book back in case you've forgotten. Ramai jugak yang tanya, kena campak ke kat U ni? Nope. Absolutely not. UMS adalah pilihan pertama saya masa isi UPU hari tu. Alhamdulillah, diterima masuk. Bukan takat pilihan pertama je saya letak UMS. Sampai ke pilihan yang kelima keenam macam tu saya letak UMS. Kenapa? Sebab saya minat sangat dengan bidang psikologi ni & UMS antara UA yang tawarkan banyak cabang psikologi utk ijazah sarjana muda a.k.a degree. Selain tu, UMS ni lawa tau. Serius. Pantai pun ada UMS punya sendiri. Jarang ada U yang ada pantai, dalam universiti tu.

Jadi buat mereka yang diterima masuk UMS ni, jangan panik sebab kalau nak fikir jauh, yup memang jauh. Tapi orang kata di mana ada kemahuan, di situ ada jalan kan. So ni nak share tips persediaan ke UMS utk bakal students yang diterima masuk ke UMS.

1. Book Tiket Flight

Yes, ni yang paling penting. Book tiket korang dulu untuk ke Kota Kinabalu. Jangan risau kalau ibu bapa tak dapat nak ikut. Nanti bila korang touch down je dkt KKIA tu, akan ada kakak2 abang2 minggu orientasi (Minggu Suai Mesra) yang akan tunggu ketibaan korang dekat sana. Bas semua disediakan utk bawak korang ke UMS. Time masuk degree ni la, korang dah kena belajar untuk berdikari sendiri2. Don't worry too much okay.

2. Packing Barang-Barang

Bawak barang macam baju kuliah, baju kasual, baju tidur dll. Kalau tak silap, masa korang click utk terima tawaran UMS, akan ada satu list yang korang akan dapat & dalam tu ada sekali barang2 yang akan digunakan untuk MSM nanti. Barang keperluan macam sabun, baldi, bantal, tuala tak payah susah2 nak beli dari semenanjung. Dekat Sabah pun ada semua tu. FYI, UMS ni sendiri sebelah dia ada 1Borneo Hypermall. Ala2 1Utama gitu tempat dia. Tak payah percaya pemikiran sempit orang yg tak pernah pergi Sabah yg dok kata Sabah ni duduk atas pokok bagai. Kalau nak lagi senang, nanti masa korang daftar kolej kediaman, setiap kolej kediaman tu ada koperasi diorang sendiri & barang2 ni memang ada dijual di koperasi. Again, don't worry tooo much~

3. Uruskan Dokumen2 Penting

Make sure dalam tempoh korang menghitung hari nak fly tu, semua dokumen2 penting yang dah dinyatakan korang dah siapkan awal2. bukan lagi sehari dua nak fly, baru korang kelam-kabut nak uruskan itu ini. Macam ada beberapa dokumen perlukan tandatangan pengesahan kan, better korang settelkan awal2. Bukan dekat jaraknya nanti kalau nak uruskan apa2 yg macam ni, especially dokumen PTPTN nanti (bagi yg berhasrat utk menjadi peminjam la). Setem hasil semua jangan lupa beli awal2 dkt pejabat pos. Simpan baik2.

Rasanya, tiga perkara ni lah yg korang kena buat in case kalau korang diterima masuk UMS nanti. Macam saya kata tadi, jangan panik sebab jauh sangat. Macam saya dulu, ibu yg panik sebab anak tunggal perempuan dia ni dapat jauh sangat padahal saya yg gatai tangan letak atas2 *maafkan saya ibu*. Stay positive okay. Sabah, especially Kota Kinabalu tersangatlah maju sekarang ni. So, just enjoy your life as student and strive for success, okay? (:

Btw untuk perkara lain mengenai UMS & Sabah, bolehlah baca yang ni pulak (Dua Tahun di Sabah Dan...)

Love,

nasma

1 comment: