Assalamualaikum . . . Salam sejahtera semua. Salam satu Malaysia *Malaysia boleh!* (Tagline PLKN) :)
 |
Siapa dapat Kem Idera Pahlawan, Maran, Pahang? Kita geng! |
Shazween dengar cerita penempatan untuk PLKN siri 11/2014 dah pun keluar. Tahniah buat yg dapat ye :D Bukan apa, bersyukur la ye wahai adik-adik sekalian sebab tak semua orang dapat rasa pengalaman berkhidmat untuk negara tu.
Sekarang ni saya nak post tentang checklist barang-barang yang perlu anda bawak waktu nak ke PLKN ni memandangkan ramai junior2 saya yang bertanya (:
Bawak sikit je. dalam tiga ke empat helai dah cukup. Sbb bila korang dah sampai sana, korang akan dibekalkan pulak dengan pakaian dan uniform oleh pihak kem PLKN. SANGAT BANYAK okay. Lagipun hampir setiap masa korang akan pakai baju yg PLKN sediakan. Jangan risau, perkhidmatan dobi disediakan. Tapi untuk basuh baju yg PLKN bagi jela. Baju yang sendirian berhad, basuh sendiri eh. Bawak la jugak dua tiga helai baju tradisional korang utk apa2 event.
- Gadjet a.k.a barang elektronik
Jangan risau, handphone anda dibenarkan bawak. Taaaapi, perlu diserahkan kpd jurulatih kem. Tengok la, kalau attitude semua pelatih kem tu baik, korang ada harapan la nak membelek phone korang tu hari Sabtu pagi, hari Ahad petang pulangkan balik. Tapi kalau attitude anda kurang memuaskan, say bye to your phone. Btw, dkt sini, usually kalau sorang dua buat salah, satu kem akan kena tempiasnya. So sentiasalah saling mengingatkan ye.
Ibu bapa boleh je datang melawat kalau nak. Tapi cuma hari Ahad sahaja yg boleh. Itupun kalau kem PLKN anda tak ada apa2 aktiviti hari tu. Oh ya, diorang cuma boleh melawat je, tak boleh nak bawak korang keluar berjalan2 atau outing ke.
- Kelengkapan mandi (Toiletteries, sabun basuh baju, baldi, berus baju, dll)
- Kelengkapan solat (Telekung, kopiah, kain pelekat, sejadah, dll. Btw, solat jemaah diwajibkan setiap waktu ye)
- Stok makanan peribadi (Biskut, maggi, milo, nestum, roti, air mineral, dll. Ada je jual dkt kem, tapi bawak sendiri lagi senang)
- Buku nota kecil (utk korang catit segala ilmu yg dicurahkan. Ilmu living skills terutamanya. Takpun kalau ada tazkirah ke. Ilmu itu ditangkap dengan nota)
Peringatan, korang cuma dibenarkan bawak dua beg je ye. Satu beg besar, satu lagi beg kecik. Buat yg lelaki, jangan berani2 nak bawak rokok eh. Kalau kena tangkap, habis la korang. Huhu.
Buat masa sekarang, saya rasa ni dah menjawab jawapan kebanyakan daripada soalan junior2 saya. Kalau ada soalan2 lain, boleh drop kan dekat comment bawah ni. Sekian. Yang baik itu datangnya dari Allah jua, yang buruk dan silap itu datangnya dari eksilapan saya sendiri (:
Wassalam
Yang sering tersilap,
No comments:
Post a Comment