Assalamualaikum & Hi! ^_^
Saya nak kongsi sikit pengalaman saya masa sebelum, semasa dan selepas kem. Harap sudi baca :)
27 Mac 2012
Waaaa!! Esok kem >.< Beg tak kemas lagi~ T.T Malam tu kelam kabut saya kemas beg. Rasa happy, takut, exited semua bercampur jadi satu *chewaahh!* :p Alhamdulillah, berjaya jugak saya kemas barang-barang yang nak kena bawak. Berapa banyak ye beg saya masa tu...? Ermm..., rasa-rasanya dalam 2 beg 'je' :D
28 Mac 2012
-Pukul 4.00 pagi-
*tak boleh tidur~ (i . i)* Awalnya bangun! Okaay, hari ni kem. Rasa takut sebab last year sekolah ada pernah buat kem dekat tempat yang sama. Balik dari kem semua orang pun jadi story-teller yang hebat! Lagi-lagi bab cerita genre seram~ huhu.
-Pukul 6.45 pagi-
Jom pergi sekolah! Hari ni saya jadi 'centre-of-attraction'. Yela, datang sekolah dengan beg yang macam Akedemi Fantasia tu.. :p Tapi peduli apa kan? :D
*lepas ni tak payah la kot nak nyatakan pukul berapa ye... Yang pasti dekat sekolah sebelum kem*
Sebelum pergi kem, kena masuk kelas dulu. So, dengan bersemangatnya, saya pun masuk kelas dulu. <calon SPM la katakan> *ngeh3* :p Tengah-tengah study, tiba-tiba Nadiah, kawan yang sama-sama pergi kem merangkap presiden sekolah datang kelas suruh turun sekarang sebab kena ada dekat tempat pendaftaran pukul 10 katanya.
Kitaorang semua (Nadiah, Madihah, Khainisha & saya) sampai tempat pendaftaran dekat-dekat pukul 11.00. Ingatkan dah lambat. Tapi, bila sampai je sekolah tu, sunyi~. Rupa-rupanya pukul 2.00 petang baru pendaftaran dibuka. Tapi apa boleh buat, dah sampai tu, take stroll dulu la dekat sekolah tu. Oh ye! Tempat pendaftaran tu dekat SMK Seksyen 10 <dekat Damansara>
[Sebelum daftar, kitaorang sempat lagi pergi Carefour beli lunch! (V) *amboii*] :D
Bila cikgu dah daftarkan, kitaorang pun terpaksa cakap dekat cikgu: "bye-bye umi~" T.T
Alhamdulillah, tahun ni yang pergi tak de la sombong mana. Thanks to Nadiah yang sangat peramah, kitaorang dah pun dapat kawan baru daripada SMK Damansara Damai ^__^ *Diorang la yang dah jadi macam adik-beradik kitaorang masa dekat kem* Masa dalam bas dah nak bertolak pergi Hutan Komanwel, dapat lagi dua orang adik baru. Dah pun ade satu geng! Hehe :p
Lepas dah sampai Hutan Komanwel, dah siap pasang khemah, dah settlekan apa-apa yang patut, tibalah malam suai-kenal, atau lebih dikenali sebagai sesi 'ice-breaking'. Mula-mula kami semua di-sort kan mengikut bulan kelahiran. Lepas tu ikut bulan and tarikh. Bila sampai bab bulan+tarikh ni la yang saya sensitif sikit. Mana taknya, saya dah agak dah mesti saya orang yang last sekali dekat situ. Haha :D Maklum la, birthday hujung tahun. Lepas tu kami di sort ikut macam-macam benda yang lain lagi, sampailah dapat group yang akan kekal sepanjang kem tu berlangsung. <nama kumpulan saya: P1> :) Malam tu, Assunta kena jaga sentri malam. Alhamdulillah, Tak ada apa yang berlaku :)
29 Mac 2012
Highlight event untuk pagi ni adalah aktiviti jungle trekking. Jalan yang kena lalu sangat mencabar! Kena lalu titi macam dalam gambar tu, kena langkah atas batang pokok , jalan yang sempit, naik dan turun bukit kena berpaut dekat tali, kena redah sungai & macam-macam lagi. Yang pasti SERONOK! Haha :D Lepas lebih kurang dua jam dekat dalam hutan, kitaorang semua pergilah berkumpul dekat tempat biasa. lepas tu bila masing-masing check kaki sendiri, surprise surprise! Ade ni
![]() |
PACAT! |
Tengah hari tu, lepas selesai aktiviti jungle trekking, kem diteruskan dengan aktiviti pangkalan bergilir. Susunan aktiviti pangkalan bergilir kitaorang (mengikut group): tali-temali/gajet, dinamika, ikhtiar hidup, bantu mula, orienteering, and last sekali kawad kaki. Hah! Macam-macam benda dapt belajar throughout sesi pangkalan bergilir ni :)
Malam tu pulak ada aktiviti kebudayaan. Mula-mula plan nak buat lakonan pendek, tapi tak jadi. Last2 tukar dengan dikir barat. Well.., tak semua yang kita rancang akan menjadi betul tak :) Oh ye, nak tau tak? Kalau tak nak tau pun takpe la, saya still cerita jugak ;p dekat kem, rupa-rupanya saya dah pernah jumpa dengan salah seorang peserta dari SMK Damansara Damai, Amie :) Just waktu first time jumpa, tak tegur.. Saya dapat tahu kitaorang pernah jumpa lepas ternampak buku nota yang Amie guna, sama dengan saya. Buku nota tu pulak exclusive, cuma boleh dapat dekat muzium MBPJ je :) Tu yang senang nak tahu tu ^___^
30 Mac 2012
Last day kem T___T Kawan saya, Amie dapat jadi emcee. So untuk majlis penutup, dia kena ade dekat depan. *nama pun emcee* :p In the same time, saya pun kena duduk depan sekali sebab saya ditugaskan untuk bahagian siaraya(AV). Macam tahu-tahu je orang AV pun pergi kem. Dekat sekolah pun saya orang AV, dekat kem pun sama! [nampak tak chemistry yang saya ada dengan barang-barang AV??] haha :D Alhamdulillah semua berjalan lancar. Just masa tengah baca doa, mic tiba-tiba putus-putus sebab wire amplifier longgar *haihh~* Yang lain semua okay :)
Sebelum balik, dah diumumkan siapa yang dapat pergi kem negeri. Alhamdulillah, tahun ni Assunta dapat hantar dua orang wakil ke negeri, which is Nadiah and me ^_^ Amie pun dapat pergi jugak! ^o^ . So, sampai di sini sahajalah yang dapat saya ceritakan.
p/s: Sebenarnya, banyak lagi benda yang berlaku. Macam-macam sampai satu blog ni pun tak muat nak tampung semua cerita tu, yang layak dipanggil 'KENANGAN'. To all my friends yang pergi kem ni, I'm missing you all :)
Pengalaman jujur,

No comments:
Post a Comment