Bismillah..
Assalamualaikum, salam sejahtera saya ucapkan.
Fuhh~ Berhabuk dah blog ni ya. Maaf lama tak update. Sedikit sibuk dengan hal duniawi... Azam 2015: InshaAllah, untuk blog ni saya takkan jadikan ia sebagai tempat
Baiklah, apa yang ingn saya sentuh pada kali ini, adalah berkaitan dengan cinta. Ada apa dengan cinta? Saya yakin, definisinya tak perlulah saya nak beri secara literal. Saya yakin, ramai yang
Apa yang ingin saya tegur sedikit, bila sebut sahaja bab cinta, masing-masing, terutamanya yang berdarah muda ini *termasuk saya* laju je keluar segala macam teori serta buku-buku yang ada. Baik yang terkini mahupun yang duuuuulu2 punya isu. Asalkan ianya berkaitan dengan cinta Tapi, kalau nak sentuh bab Fiqh, Tauhid, Sirah, Tajwid, Quran... *krik krik* Allah...
Pesan Ibn Qayyim:
"Bencana dunia akan lebih cepat menimpa para pencinta wanita/lelaki seperti cepatnya api membakar kayu kering. Kerana, setiap kali hati DEKAT dengan orang yang di cintai, maka dia akan semakin jauh dari Allah. Hati yang paling jauh dari Allah adalah hati orang yang tenggelam dalam cinta…."
MasyaAllah.. Nampak tak? Apabila tak diurus cinta itu bagaimana ia boleh menjadi fitnah. Ya, pada dasarnya cinta itu boleh menjadi satu perasaan serta ikatan yang suci apabila ianya berlandaskan niat "Lillahi ta'ala" *kerana Allah ta'ala*. Tapi pertikaian agungnya, berapa ramai yang berlandaskan niat sebegini? Kalau ada pun, mungkin pada fasa2 awal kali. Lepas tu? Allahu a'lam..Syaitan tak pernah berhenti daripada menyucuk anak cucu Adam *kita la tu* untuk ikut sama dengannya dalam tempat asalnya. Nauzubillahi mindzalik.
Malu beb. Kita sibuk kejar cinta manusia, sedangkan manusia tu Allah yang cipta. Kita sibuk berbicara soal cinta, sedangkan banyak lagi masalah ummah yang perlu kita bincangkan. Lagi malu bila kita asyik meminta-minta dengan Allah, tapi sombong nak sujud padaNya..
Renungkan semula, cinta mana yang lebih utama sebenarnya dalam meniti kehidupan. Ingat, di bumi ini kita bukan tuan, tapi kita ni musafir. Singgah sebentar dekat sini cari bekal untuk akhirat sana.
Secebis pesanan, jangan pernah berani bermain dengan hati seseorang andai niat anda untuk bermain-main, bergurau-gurau atau meng-test market. Soal hati, bukan perkara yang boleh buat main. Bermain dengan hati seseorang sama macam anda bermain dengan api. Dah takde benda lain ke nak buat??
Allahu a'lam..
Peringatan untuk diri ini jugak. Moga Allah bimbing hati ini *sentiasa* InshaAllah..
Saya yang ada khilafnya,

No comments:
Post a Comment