Bila saya jawab ambik psikologi, kawan-kawan saya hampir semua akan buat-buat tutup mata sambil cakap "don't read my mind!". Duhh~ Kau ingat kau comel ke buat gitu? -.- *Okay sorry, kawan-kawan aku semua comel2. Sorry gais*
Bagi yang berminat nak further study dalam bidang psikologi mahupun yang tak berminat langsung nak ambik tahu, cuma nak bagitahu yang psikologi ni bukan telepati. Sekian.
Jadi apa tu psikologi? Ianya adalah ilmu tentang kajian secara saintifik mengenai tingkah laku dan proses mental yang berlaku. Ni adalah antara soalan yang selalu saya dapat daripada orang lain mengenai bidang psikologi ni:
1. Nanti kerja apa?
Kalau ikutkan, dekat mana-mana pun korang boleh masuk, provided kau ada skill yang diperlukan. Sebab apa? Cause you are dealing with humans. Humans are everywhere. Macam UMS, kos psikologi yang ditawarkan ada 4 cabangnya & 1 cabang kerja sosial. 4 cabang tu as follows:- Psikologi Industri & Organisasi
- Psikologi Kanak-Kanak & Keluarga
- Psikologi Belia & Komuniti
- Psikologi Kaunseling
Bila dah nampak pecahan bidang psikologi ni, mungkin lagi senang untuk korang faham bidang mana yang korang boleh masuk untuk kerjaya korang kelak.
2. Pointer saya tak tinggi. Boleh ke?
Saya lepasan matrik dengan pointer atas 3 tapi bawah 3.5. Alhamdulillah dapat sambung bidang psikologi IO di UMS. Kawan-kawan saya di U sekarang ni pun ramai daripada lepasan STPM, Asasi UMS sendiri, matrik dll. Yang penting, cuba je dulu. Belum cuba belum tahu kan?3. Kena ambik aliran Sains ke masa SPM dulu kalau nak further study bidang ni?
Tak semestinya kena ambik aliran Sains. Tapi, kalau korang student aliran Sains, mungkin senang sikit korang nak hadam subjek dalam bidang ni. Sebabnya bidang psikologi ni memang fanatik sikit pasal otak. Jadi istilah-istilah biologi tu memang merata korang akan jumpa. But no worries, kawan-kawan saya ramai je yang dari aliran selain Sains, boleh je diorang score. Yang penting, usaha.4. Boleh ke kalau diploma dulu saya ambik bidang lain, masa degree saya ambik bidang psikologi?
Selagi korang memenuhi kriteria universiti tu untuk sambung bidang psikologi, selagi tu boleh je.5. Kalau lepas SPM, nak sambung bidang ni macam mana?
Okay, yang ni berdasarkan pengalaman saya sendiri. Lepas SPM dulu saya terus sambung matrik setahun, baru further study degree dalam bidang psikologi. Boleh jugak kalau korang sambung Asasi lepas SPM, tak pun continue dengan Tingkatan 6. Untuk peringkat diploma dalam bidang psikologi, setakat ni kalau tak silap saya banyak universiti swasta yang tawarkan diploma in psychology. Kalau universiti awam, saya tak pasti ada atau tak memandangkan bidang psikologi ni adalah bidang yang baru tak baru jugak la di Malaysia.Setakat ni, saya rasa ini lah frequent questions yang orang dok tanya dekat saya pasal bidang ni. Kalau ada soalan lain, boleh drop your comments down here. Sekian, harap membantulah ya sedikit sebanyak.
Love,
Assalamualaikum akak, saya budak lepasan SPM 2016 takde lah baru sangat, and saya sangat berminat dalam bidang psikologi IO ni. Saya nak tanya, adakah saya kena sambung Form 6, Matriks ataupun asasi dulu baru saya boleh apply course ni? Tak pun boleh je nak guna result SPM?
ReplyDeleteWaalaikumusalam.. Sorry for the late reply 😅 utk sambung degree dlm psikologi, kna sambung dulu antara STPM, matrik tak pun asasi. Sbb kalau tak silap, diploma dlm psikologi setakat ni cuma uni swasta je yang ada 😊 Mcm sy, sy dulu lepasan matrik, baru sambung degree psikologi IO dkt UMS. Kwn2 plk ramai dari STPM kebanyakkannya
DeleteSaya betul2 berminat pasal course ni so boleh tak akak email saya
ReplyDeleteargonixide@gmail.com
Ya dik nak email tentang apa tu ya?
DeleteSaya cuma nak tahu lebih lanjut pasal course ni sbb saya mmg berminat dgn course ni. Ohh mmg dia tak tengok result SPM lah?
DeleteBerdasarkan pengalaman setakat ni, kos ni boleh tahan la jgk bab kira2 dgn sains ni 😂 which means klau org drpd science stream mungkin ada advantage sikit. Tp tu tak bermakna yg aliran sastera tak bole nak catch up. Bila masuk uni utk degree, semua akn bermula daripada zero balik 😂 Kalau tak silap, utk entry degree psikologi dkt UMS, requirement SPM dia nk tgk utk BM dgn BI, Science dgn Math tak pasti 😅
DeleteBoleh rujuk dkt website UMS utk more info on undergraduates programs di UMS 😉
http://www.ums.edu.my/v5/index.php/en/how-to-apply-to-ums/ums-entry-requirement
Assalamualaikum akak. Saya berminat untuk further study in psychology .. and antara syarat untuk degree psychology in counselling dekat ums is tak rabun .. saya trtnya-tnya .. kalau rabun , tak boleh apply ka ??
ReplyDeleteKalau boleh, can I get ur email ?? Thank you ..