![]() |
Pantai ODEC UMS Credit Photo: nasma |
1. Savings
Ya, dekat Sabah harga barang-barang boleh jadi double triple berbanding apa yang ada di Semenanjung. Yela, kos pembuatan lagi, penghantaran lagi, GST lagi kan. Sebab tu as students, korang kena tahu buat budgeting, kena pandai-pandai bajet macam mana korang nak cukupkan duit korang. Bila dah jadi student U, tak payahlah nak makan mewah-mewah sangat, tak perlu nak bershopping sakan, tak usah nak hang out tak ingat dunia. tunggu kau kerja nanti, baru kau buat semua tu. Kalau dah kritikal teringin sangat, seminggu sekali cukup la, sebulan sekali ke, paling hebat setahun sekali je.2. Masa
Ni dari pengalaman sendiri la selaku student UMS, jadual study memang korang kena susun sendiri. Yang diberi cuma hari-hari yang ada kelasnya dan pukul berapa, dan pilihan untuk masuk kelas yang mana satu terletak pada pilihan korang. Jadi pandai-pandailah susun masa tu elok-elok. Kalau macam saya, saya lebih rela biarkan hari Isnin sampai Khamis saya pack, tapi Jumaat saya bebas daripada kuliah mahupun tutorial. Jadi tiga harilah saya dapat cuti. Hee~ Bila free tu, cuba settlekan apa-apa yang patut macam kemas bilik ke, basuh baju, buat pembacaan untuk assignments dll.3. Outing
Macam saya ada cakap, UMS ni sebelah dia ada One Borneo Hypermall atau lebih dikenali sebagai 1B. Nak ke 1B ni punyalah senang, naik je bas TUT, bas luar yang masuk ke dalam UMS. Dengan tambang RM1, korang boleh sampai ke 1B ni, tempat student UMS berkampung lepas habis exam termasuklah diri ini kadang tu ahaha~ Tapi korang kena ingat, tambangnya memanglah murah, bila dah masuk dalam 1B tu, nahh macam-macam yang korang akan jumpa lagi-lagi yang perempuan ni. Dalam 1B ni ada Giant, so korang boleh la dapatkan barang keperluan harian dekat sini jugak. Selain 1B, ada jugak Centre Point, CP buat mereka yang nak cari kasut, baju dengan pilihan yang banyak dan harga yang menarik, Karamunsing bagi mereka yang nak cari barang elektronik, Suria KK untuk mereka yang suka window shopping dan Imago bagi mereka yang suka makan. Semua tempat-tempat ni jauh sikit daripada UMS, tapi still dalam area KK.4. Heavy Traffic
Siapa kata KK ni tak jem? KK ni kalau jem, samalah macam di KL. Nak pergi KKIA dari UMS patut ambik masa dalam setengah jam je, boleh jadi dua tiga jam kalau dah jem tu. Sini selalu jem bila waktu-waktu puncak. Lagi la bila jalan dekat sini tak seluas KL, flyover pun tak banyak. Walaupun tak ada tol, tapi roundabout dia memang banyak. Traffic light pun. Jadi kalau nak pergi mana-mana tu pandai-pandai lah buat perancangan supaya tak sangkut dalam jem. Tapi satu benda yang saya perasan, attitude drivers dekat sini tak macam di KL. Di Sabah, diorang ramai yang baik-baik. Nak masuk mencelah, mesti ada je yang sudi berhenti bagi kau masuk dulu. Dekat KL, nak masuk mencelah dari simpang? Jangan harap kalau kau ni jenis yang lemah-lembut di jalanan.
5. Pasar Philippine
Kalau korang nak cari kraftangan buatan Sabah, bolehlah ke pasar ni. Macam-macam korang boleh dapat. Sabah terkenal dengan mutiara kan. Dekat pasar ni, korang boleh beli banyak kerongsang mutiara yang lawa-lawa, rantai, cincin dan banyak lagi dengan harga yang berpatutan. Walaupun pada awalnya diorang letak mahal, tapi kalau korang ada seni tawar-menawar yang bagus, korang boleh dapatkan dengan harga yang betul-betul murah. Lagi-lagi bila kau tahu guna Bahasa Melayu Sabah. Selain kraftangan, dekat pasar ni jugak korang boleh cari bahan basah dan kering untuk masakan.Setakat ni, inilah dia lima perkara yang saya nak kongsikan tentang UMS dan Sabah. Ada lagi, tapi tunggu saya rasa rajin nak update okay ahaha~
Love,
Assalamualaikum , awak ambil psikologi tu Ada interview ke sblum msuk?
ReplyDeleteYuran msuk bpa Awak
ReplyDelete