Kalau dah jodoh, biar terpisah berapa lama pun, pasti akan bertemu kembali. Pilihlah, nak percaya janji manusia yang sering terlupa ni ke ataupun nak percaya pada janji Allah yang tak pernah dimungkiriNya? Ingat, pilihan di tangan anda.
Jujur, ayat yang saya kata tadi tu memang betul-betul jadi dalam hidup saya. Bukan diri saya, tapi hidup saya. Nampak tak bezanya di situ? Tak nampak? Takpe takpe, mohon teruskan bacaan anda (: Ianya terjadi pada ibu dan ayah tiri saya, yang kami *saya dengan adik* panggil 'ayahchik'.
Nak dipendekkan cerita, dulu ibu dengan ayahchik satu sekolah menengah. Diorang dulu pernah suka sama suka. Kalau diikutkan cerita yang saya dapat daripada mak long saya, dulu waktu tu ibu dengan ayahchik hampir-hampir berkahwin. Hampir-hampir! Tapi disebabkan ada sebab-sebab yang tak boleh nak dielakkan, jodoh mereka terhenti sampai di situ sahaja... Kita merancang, Allah juga merancang. Yang pasti, perancangan Allah adalah lebih baik dan pastinya terbaik untuk kita. Sebab apa? Sebab Dia tahu apa yang bakal mendatang buat kita, tapi tidak kita.
Bukan apa, cuma saya tak sanggup tengok ibu menangis lagi sekali. Cukup la sekali yang dulu tu. Tetapi macam yang saya katakan di atas tadi, kalau ada jodoh tak ke mana. Akhirnya terbuka hati saya dengan adik untuk terima ayahchik sebagai sebahagian daripada keluarga kami... Alhamdulillah, ibu pun makin hari, makin bahagia nampaknya :')
![]() |
Puan Sharifah, iaitu ibu & my one and only brother, Azri :) |
Jodoh tu bukan siapa cepat dia dapat. Tapi jodoh tu akan sampai juga bila Allah tetapkan bahawa kamu telah bersedia untuknya. Sebelum nak jadi suami soleh, isteri solehah, jadi dulu anak yang soleh, solehah, jadi dulu hambaNya yang soleh, solehah. Remember, what ever you do, if you follow Allah's path, you will never lost, in shaa Allah..
HambaNya yang sering tersilap,

p/s: Saya akan menyediakan ruangan untuk para pembaca yang ingin berkongsi apa-apa kisah mereka di blog saya. Anda dipersilakan mengisi form yang ada di bahagian bawah sekali page ini. Sokongan anda amatlah saya hargai (: Jazakallah...
No comments:
Post a Comment