Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari tu saya 'jalan-jalan' dekat dalam Facebook dengan Twitter, lepas tu terjumpa post seorang rakan saya berkaitan tentang cinta. Jemput2 baca :D
Sekiranya kita cinta kepada manusia, tidak semestinya cinta kita itu akan berbalas. Sekiranya kita cinta kepada manusia, kita akan cemburu kepada orang yang mencintai orang yang kita cintai. Tetapi, sekiranya kita cinta kepada Allah, kita akan turut mencintai orang yang melabuhkan cintanya kepada Allah juga *subhanaAllah* :)
Ya Allah, andainya dia jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, campakkanlah dalam hatinya cinta kepadaku adalah keranaMu. Namun andai dia bukanlah jodoh yang ditetapkan olehMu kepadaku, berikanlah aku kekuatan agar pasrah dalam mengharungi ujian yang Kau berikan kepadaku.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMu.
Ya Rabbana, jika aku jatuh cinta, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripadaMu..
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu. Jagakanlah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindui syurgaMu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Ya Allah, jika aku jatuh cinta pada kekasihMu, janganlah biarkan aku bertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
Ya Allah, jika kau halalkan aku merindui kekasihMu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga mensia-siakan aku dari cinta hakiki dan rindu abadi kepadaMu :')
Saya yang sering terlupa,

No comments:
Post a Comment