Lepas habis SPM mesti ramai yang dalam dilema kan nak pilih matrik, asasi, diploma ataupun STPM. Betul tak? Ya, jujur saya dah rasa dah semua tu. Ahah~ kalau macam saya dulu, selagi boleh isi borang untuk further study, isi je. Asalkan jangan pilih yang adik-adik rasa tak minat. Yela, belajar dalam bidang tu around 7 years, lepas tu you’re gonna work with it for the rest of your life. Takut nanti menyesal pulak. Walau apa pun, saya nak kongsi kenapa dan apa sebabnya saya pilih matrik berbanding yang lain.
Biasanya, keputusan matrikulasi akan keluar dulu, baru UPU. Alhamdulillah, saya diterima dan ditempatkan di Kolej Matrikulasi Perak (KMPk). Tak lama lepas tu, keputusan UPU pulak keluar. Lagi sekali, Alhamdulillah, saya ditawarkan tempat dalam asasi undang-undang UiTM. Masa tu, memang saya betul-betul tak tahu nak pilih yang mana satu. Yela, dua-dua pun program ‘short-cut’ untuk ijazah pertama. Yang bezanya, apa yang saya akan belajar kelak.
Bila dengar pasal matrik, mesti ramai yang seram sejuk dengar nak masuk kan. Ramai yang cakap susah, penat, macam sekolah, boring dll. Well, it’s a study place okay. Don’t expect much from it, but gain much instead. Mungkin apa yang jadikan matik tu susah adalah nak jaga pointer. Ya betul, nak jaga pointer memang susah. Sebab daripada info yang saya dapat, kalau untuk kursus ijazah pertama, lepasan matrikulasi adalah yang teakhir akan dipilih. Maksudnya, lepasan pertama yang mereka akan lihat adalah lepasan asasi, lepas tu STPM, diploma and last sekali matikulasi. Sebab tu kalau dah masuk matrik, nak aim kursus kritikal macam nak jadi doctor, engineer, dentist, pharmacist, kena score dalam 3.75 ke atas. The best would be 4.00 for sure. *hoho*
Memang saya minat law. Sampaikan bila dah masuk matrik pun masih lagi terkenang-kenang tawaran UPU tu. Sekarang ni pun bila nak apply degree ada jugak terfikir nak apply law. Dah tu, kalau minat, kenapa pilih matrik? Kan? Sebab bila cakap about your future, it is a serious talk okay. Bukan main taram je. Bila saya search punya search, dapat tahu yang untuk asasi undang-undang, kalau nak sambung degree dalam undang-undang jugak, MUET kena band 4 at least. Fuuuhh~ bila dengar band 4, hmmm.. fikir panjang jap. Ramai yang cakap MUET susah nak score. Yela, time tu tak pernah lagi didedahkan dengan MUET, so terima jela. Takut jugak kalau2 dah ambik bidang law, lepas tu MUET tak lepas, then nak sambung degree bidang yang ditawarkan untuk student asasi law tak seluas student matrik. So in the end, saya pilih matrik.
Dekat matrik, memang betul susah nak jaga pointer. Tapi tak rugi cuba. Lagipun, practise make it perfect right? Ada je kawan-kawan saya yang waktu SPM dulu dia dapat dalam 4-5 A’s je. Lepas tu bila dekat matrik, score 4 flat. Memang dekat matrik, lifeless. Tapi sekejap je pun lifeless nya tu. inshaAllah paling sekejap setahun, paling lama dua tahun. Cuma kena tanam niat nak score dan buat betul-betul dekat matrik. Lagi satu, bidang untuk degree bagi lepasan matrikulasi pun sedikit luas.
Pada yang masih lagi confuse, adik-adik boleh dropkan apa2 yang confuse dekat comment bawah ni. InshaAllah, selagi saya boleh jawab, saya akan jawab :) Pada yang nak pilih matrik, tapi takut, inshaAllah nanti saya akan update tentang pengalaman saya di matrik.
Sekian,

No comments:
Post a Comment