Pages

Saturday, 3 August 2013

Rahsia Jodoh


Assalamualaikum antum semua :)

Ramadhan bakal meninggalkan kita :( Apa khabar iman anda semua?

Baru2 ni saya selalu terpandang atau terbaca atau terlihat atau apa2 yang seangkatan dengannya tentang status ataupun bio rakan2 sama ada di facebook mahupun twitter tentang ‘sedang mencari kekasih’. Bangga tak dengan status macam tu? Apatah lagi kalau kaum hawa sendiri yang menaip status macam tu *nauzubillah*

Bukan apa, tapi tahu kan yang setiap yang Allah jadikan itu berpasang-pasangan. Setiap wanita itu adalah pemegang kepada tulang rusuk jodohnya. Dalam erti kata lain, tulang rusuk perempuan lebih satu daripada kaum adam. Yang lebih satu tu la milik jodohnya. SubhanaAllah , indahnya kronologi ciptaan yang maha Esa. Apa yang kita perlu buat, Cuma S.A.B.A.R :’)

Ada 3 jenis lelaki yang akan cuba luruskan tulang rusuk yang ada, which is..:
  • Lelaki fasik yang kurang ilmunya. Nescaya tulang tersebut akan patah
Maksudnya, lelaki yang suka pada perempuan tu, setakat untuk bersuka ria je. Tak terfikir pun nak halalkan hubungan tu *ish3…*
  • Lelaki yang berilmu, tetapi niatnya buruk. Agak2 apa jadi dekat tulang tu?
Lelaki tu tahu couple tu haram, tapi dia setakat tahu je. Tak amalkan pun. Ingat, ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah & amal tanpa ilmu umpama buah yang pahit rasanya
  • Lelaki yang berilmu & berniat kerana Allah. InshaAllah tulang akan lurus
Kenapaa??? Sebab lelaki ini tahu kalau dah berkenan, kena cepat2 menghalalkan hubungan tu. SubhanaAllah :’)


Sekian, saya yang kadang2 tersilap

No comments:

Post a Comment