Pages

Saturday, 31 August 2013

Jaga Diri Jaga Hati

Assalamualaikum. Salam sejahtera (:


Jalan Menuju Penzinaan *Nauzubillah*:

  • Nadhrotun *usha2*
Bukannya nak suruh jalan tutup mata, tapi jaga mata sebab dari mata turun ke hati. Lagipun pandangan mata daripada berlainan jenis ni bahaya sikit, boleh diumpamakan seperti panahan syaitan. 
  • Ibtisamatun *senyum*
Senyum yang dimaksudkan di sini ialah senyum yang lain macam gayanya. Terlebih manis macam nak mintak kena larutkan dalam air panas je rupa dia.
  • fasalamun *kirim2 salam*
Boleh je kalau nak kirim salam. Tapi tengok kepada niat kita tu balik. Betul ke kirim salam nak dibalas dengan salam atapun kirim salam nak dibalas dengan penampar?
  • Fakalamun *berborak-borak*
Benda yang tak perlu nak bawak berbincang pun, awak pi bawak cerita dekat dia. Kononnya dah tak ada siapa lagi yang sudi mendengar. Haihhh.. Inilah dia manusia2, *geleng kepala* selalu lupa. Allah kan ada untuk awak. SETIAP MASA.
  • Famau'idun *jumpa-jumpa*
Dalam nak bataskan pergaulan tu dengan berlainan jenis, tak perlu la sikit-sikit nak berhimpit celah2 depa. Mu dok rasa malu ke?

  • Faliqo'un *Nauzubillah*

  وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS.Al Israa. ayat 32)

Dalam al Quran, Allah tak kata jangan berzina dulu TAPI Allah mula-mula dah kata JANGAN HAMPIRI ZINA. Sebab bila dah mula cuba-cuba nak rasa benda tu, nauzubillah, ingat senang je syaitan nak lepaskan kau? Hmm... pelik. Kalau la kan, manusia lain tegur secara terang-terang, confirm rasa malu kan? Tapi Allah dah tegur terang-terang dalam al Quran, takkan tak rasa malu kut? Al Quran is for yourself, not for your shelf. Baca, fahami maksudnya.

Lagipun, kalau nak tahu, nikmat serta erti perkahwinan itu akan hilang kalau sebelum kahwin, sepanjang bercouple tu banyak sangat bermaksiat. Ada je yang kata, kami ni walaupun bercouple, tak bemaksiat pun. Eh, yeke? Bunyi dia macam nak berenang tapi tak nak basah. Manusia ni, bukannya dia tak tahu. Dia tahu benda tu haram tapi peduli apa kan? Mustahil untuk kita ubah seseorang selagi belum terbuka pintu hati dia, sebaliknya, ubahlah diri kita ni dulu. Bagi yang dah merancang-rancang nak teruskan hubungan dengan sang kekasih, ingat ye, di saat anda melafazkan 'aku terima nikahnya' seolah-olah anda berkata 'aku terima segala kelemahan dan kelebihannya'. Faham-faham la sendiri ye. 

Mungkin ada yang berkata cinta itu fitrah. Ya, anda betul! Tapi sebab dia fitrah lah anda kena uruskan supaya tak jadinya fitnah. Fitrah cinta itu datangnya daripada Allah, maka salurkanlah semula cinta tersebut kepada Allah. Kita ni, umat akhir zaman. Iman tu pulak sekejap naik, sekejap turun. Macam followers dekat twitter tu. Jika anda masih lagi keliru dalam membuat keputusan, beristkharah lah. Bila dah jumpa jawapannya, nescaya itu sebenarnya yang terbaik buat kamu. Mudah-mudahan hati yang satu ini hanya untuk yang layak, yang telah tertulis bahawa dia adalah jodohku .

Wallahua'lam. 

Islam is perfect, but I'm not perfect. If I do anything wrong, blame it on me, not my religion. Sincerely,

No comments:

Post a Comment