Pages

Sunday, 25 August 2013

Hidup ini Satu Ujian



Assalamualaikum dan salam sejahtera (:

          Merujuk kepada tajuk di atas, “Hidup Ini Satu Ujian” agak-agak berapa ramai yang akan setuju ya? Bukan apa, bila cakap macam tu, nanti mesti ada je yang akan tanya , “habis tu ganjaran dengan balasan tu bila pulakk?” Ish dia ni, orang tak habis cakap, dah potong. Sabaq sat naa.., sila scroll dan baca sampai habis kalau nak tahu jawapannya :D

          Setiap apa yang jadi tu ada kronologi dia kan. Ada jalan ceritanya. Yang pasti, jalan cerita yang Allah dah susun untuk kita jauh lebih indah dan sweet daripada novel-novel yang ada dalam dunia ni J Dalam hidup ni, setiap orang ada matlamat sendiri, ada tujuan sendiri. Kalau perasan, dalam usaha untuk mencapai matlamat ni pun banyak ujiannya. Everything starts from below. Contoh yang paling dekat yang boleh diambil ialah dalam belajar.

          Dalam menuntut ilmu, ada naik turunnya kan. Lagi-lagi bila dah keluar resultnya. Nampak bebenor graph study kita tu. Kalau result tu teruk, biasanya orang akan cakap “sabar ye.. Ujian Allah”. Tapi buat yang lulus dengan cemerlang, kebiasaannya ramai yang berpendapat, itulah balasannya kalau rajin study. TIDAK, TIDAK dan TIDAK. Teruk ke, bagus ke result tu, dua-dua tu pun ujian Allah. Cuba fikir-fikir kan balik, kalau dia score straight A’s, ada dua jalan dekat depan dia sekarang ni. Antara dia ke jalan yang akan menunjukkan riaknya, ataupun ke jalan yang tidak terkeluar daripada landasan yang sepatutnya.

          Maksudnya di sini, katakan la kalau orang yang score straight A's tadi tu, dengan result tu la dia riak, dia berbangga diri sebab dia ingat dia hebat. Dengan result tu jugak dia boleh jadi besar kepala. Yela, dia pandai kan, buat apa nak ikut cakap orang dah Benda wajib pun, makin lama dia makin meninggalkannya sebab sibuk bermegah dengan keputusan tadi tu *nauzubillah..* Taaapi, kalau dia tahu yang itu juga salah satu daripada ujian Allah, mesti dia akan sentiasa beringat. Sentiasa merendah diri. Dengan result tu la dia akan terus berusaha. Nak balas jasa ibu ayah, ahli keluarga, nak tolong orang yang lebih memerlukan. Dari situ, inshaAllah ujian tersebut berjaya dia lalui.



          Janji Allah tu benar. Bukan macam janji manusia. Manusia ni kan serba kekurangan, tetapi tidak Allah. Manusia ni kadang-kadang mengecewakan, tetapi tidak Allah. Manusia ni jugak sering tersilap, tetapi tidak Allah. Setiap orang ada bahagian masing-masing. Kalau tak dapat dekat dunia, akhirat nanti dapat la. Ini la dia yang dipanggil sebagai balasan. Yang membezakan cuma baik dengan buruknya sahaja. Agak-agak, dah terjawab belum pertanyaan dekat atas tadi? *Kalau rasanya belum, sila komen di ruangan yang disediakan dgn jawapan yg betul :D*

         Selain daripada study, dalam bidang kerja, harta, perhubungan dan lain-lain pun, semua yang ada itu sememangnya ujian Allah. Bergantung kepada kita cara untuk melalui ujian tersebut. Yang pasti, kita kena sentiasa ingat, Allah sayang akan hambaNya. Dia tak akan bagi ujian yang melebihi kemampuan hambaNya. Everytime we feel lost, one thing that we should always do is back to Allah The Almighty. Allah itu sangat dekat dengan kita sehinggakan apa yang kita cakap dalam hati pun, Dia boleh dengar. Dekat sangat kan :’) Cuma kita je yang selalu tanpa sedar makin sedikit demi sedikit jauh daripadaNya *Nauzubillah*. Wallahua’lam.

Saya yg kadang-kadang tersilap,

No comments:

Post a Comment