Pages

Monday, 5 January 2015

Macam Mana Hidup dekat Matrik?



Bismillah..

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam perpaduan, salam eco-campus, salam dari bumi bawah bayu.

Baru-baru ni ada beberapa orang junior bertanya tentang macam mana kehidupan dekat matrik. Kalau nak tanya soal macam mana boleh hidup dekat matrik, inshaAllah boleh la kot saya jawab. Tapi kalau tanya macam mana nak cemerlang dekat matrik, erm... macam salah orang je ni dik ^^' *ahahaa~*  Setakat yang saya boleh jawab, macam mana tu bergantung pada diri setiap orang. Sebab cara kita nak adapt sesuatu tu tak sama kan. Berbeza-beza. Itu lah dia apa yang kita namakan sebagai identiti.

1. Lepas ambik matrik, degree kena lima tahun ke? Sbb nak bagi sama dengan yang ambik diploma kan?

Jawapan saya YA, kalau anda nak ambik bidang medik/ perubatan/ medical staff dan apa2 yang seangkatan dengannya. Tapi TIDAK, kalau anda ambik bidang lain. Maksud saya, tempoh masa untuk anda ambik degree tu bergantung kepada course yang anda ambil. Macam dekat tempat saya, ada yang tiga tahun, empat dan lima tahun. Course saya sendiri, psikologi adalah selama 3 tahun, inshaAllah.. (:

2. Belajar dia macam mana? Guna buku teks tak? 

Belajar dia macam kamu belajar dekat sekolah la. Ada tenaga pengajar, iaitu pensyarah, dan kamu sebagai pelajar. Time ni, dah boleh ubah term 'cikgu' tu kepada 'pensyarah'. Buku teks sememangnya ada pakai. Tapi waktu ni anda dah start guna buku international, lagi-lagi subjek Biology. Harga dia memang mahal. Biasanya dalam RM100 ke atas macam tu. Selain tu, anda boleh je guna buku tempatan untuk dijadikan rujukan kedua. Yang buku international tu boleh dipinjam daripada library ke, kongsi dengan kawan ke. Bak kata pepatah, hendak seribu daya kan.



3. Stress tak duduk dekat matrik? Dengar orang cakap tough...

Macam saya cakap, bergantung kepada cara anda adapt dengan kehidupan baru anda. Stress tu dekat mana-mana pun ada kan. Even kalau duduk goyang kaki dekat rumah je pun stress tu boleh datang menjengah kan. Cuma kalau berdasarkan pengalaman saya dan juga rakan2 yang lain, dalam sebulan tu mesti ada la sekali dua ke korang tak dapat tidur. Sebabnya? Siapkan assignment yang setiap hari pun ada, study sebab esok ada quis, layan Running Man  buku dengan nota-nota. Tapi percayalah, kalau anda pandai adjust masa, susun elok2, benda macam ni takkan jadi. Kejap.. tiada jaminan takkan berlaku, tapi risikonya boleh dikurangkan *ahahaa~* Kopi tu memang akan sebati la dengan hidup anda nanti. Sampai immune nanti agaknya...

4. MUET tu apa? Susah tak?

MUET, stands for Malaysian University English Test. Yes, it's an english test. Ada empat paper untuk MUET ni. Reading, writing, listening & speaking. Jangan risau, memang akan ada nanti kelas bahasa Inggeris untuk anda di matrik ni. Tinggal anda je nak approach pensyarah untuk sebarang soalan, atapun terus sepi dan tenggelam di dalam persoalan-persoalan anda... *krik krik*

5. Sains komputer tu subjek apa? Macam seram je nama dia...

Subjek ni, adalah subjek penyelamat bagi sebahagian besar student matrik *termasuk saya*. Kenapa? Kata orang, subjek ni senang nak score. Kata saya, semua benda akan jadi senang kalau ada usahanya. Pesan salah seorang pensyarah subjek ni, apa yang kami belajar di matrik untuk subjek ni macam tahap tadika je sebenarnya... Jadi? Anda faham kan? Tak faham? Sebab tu ramai yang boleh score. Tinggal nak usaha je. Subjek ni cuma untuk mereka yang ambil modul 2 dan 3 sahaja ya. Modul 1 dengan akaun tiada subjek ni.

6. Modul? Apa pula tu?

Modul ni macam course yang anda bakal ambil di matrik. Ada empat modul *bagi kolej matrikulasi yang biasa. Kalau yang teknikal saya tak pasti pula* Modul 1, juga dikenali sebagai modul sains tulen, anda akan belajar subjek Matematik *ala Add Maths*, Biology, Chemistry & Physics. Kalau modul 2, juga dikenali sebagai modul fizik, apa yang anda belajar sama dengan sains tulen, cumanya takde subjek Bio, ganti dengan Sains Komputer. Modul 3, ataupun nama popularnya modul biology, anda punya subjek pun macam sains tulen jugak, cumanya takde subjek Physics, ganti dengan Sains Komputer. Faham tak? Tak faham tanya dekat bawah nanti. Nasihat saya dalam pemilihan modul ni, pilih yang mana anda yakin boleh bawak. YAKIN. Jangan semata-mata ikut kawan ke apa. Nanti takut tersadai di tepian. Time ni anda dah kena pandai untuk bawa diri sendiri.

7. Exam dia macam sekolah jugak ke? Setiap bulan ada?

Pertama, faham konsep matrikulasi ni adalah menyediakan produk-produk untuk ke universiti. Maksudnya, exam bulanan dah takde. Kalau ada pun, istilah yang digunakan adalah quiz, bukan exam. Kalau exam, dalam satu semester tu ada dua kali. Mid-sem, iaitu pertengahan semester dan juga final semester.

Ada lagi soalan lain.. tapi saya tak ingat. Faktor penuaan ke? *ahaha~*

Apa-apa pun, yang baik datang dari Allah, yang buruk datang dari silap saya sendiri. Saya cuma sebagai medium dariNya sahaja untuk bantu adik-adik yang kebuntuan ni. Sebarang soalan, silakan tanya di bawah ataupun personally terus. InshaAllah free saya jawab ^_^



Pesan terakhir saya sebagai seorang kakak yang dah melalui zaman itu:
Tidak ada satu perkara pun yang senang tanpa usaha. Bukan susah untuk tak susah dan bukan senang nak senang. Semua bergantung pada anda. 
Yang penting sebelum buat apa-apa keputusan, istikharah dulu. Kaji baik-baik segala aspek yang ada. Macam saya dulu, boleh baca di Matrik vs Asasi

Sekian
Daripada kaca mata insan yang rabun dengan dunia,

2 comments: