Assalamualaikum calon jenazah sekalian, Moga hari ini lebih baik daripada semalam, in shaa Allah :)
Pernah tak kita terfikir, kita cinta pada manusia.
Kita rindu pada manusia. Kita kasih pada manusia. Siapa yang cipta manusia?
ALLAH! Tapi pernah tak kita cinta akan Allah lebih daripada cinta kita pada
manusia? Tak payah tanya orang lain, tanya diri sendiri.
Cinta kita pada manusia selama ini
berlandaskan apa sebenarnya? Iman atau nafsu semata? Jika iman, pasti kita tak
akan merosakkan orang yang kita sayang dengan maksiat. Kerana apa? Kerana cinta
itu sendiri merupakan satu amanah dari Allah. Fitrah manusia jika kita terjatuh
cinta. Namun kena ingat, fitrah itu perlu diuruskan dengan betul, kalau tak
boleh jadi fitnah. Cinta tu sendiri adalah sesuatu yang mampu membawa kita ke
syurgaNya. Kerana itu jika cinta, biarlah sampai ke syurga, jangan takat di
dunia je.
Bukan cinta namanya kalau masing-masing
dok gatal berpegang-pegangan, bersentuh-sentuhan, bersayang-sayangan. Tu semua
nafsu. Wahai Hawa, kalau lelaki tu berani sentuh kamu sebelum nikah, tak payah
nak rasa sweet ke suwit ke sawit ke. Sebab apa? Sebab tindakan lelaki tu
sendiri dah menghina diri kamu. Mudah sungguh dia nak dapatkan barang yang dia
nak. Lepas pakai, buang la. Waaahhh~ cukup mudah! Ingat, kalau dia berani buat
macam tu pada kamu sebelum nikah, tak mustahil dia berani buat macam tu pada
perempuan lain juga meskipun telah bernikah. Bak kata Ustazah Fatimah Syarha, walau couple 20 tahun sekalipun dengannya, yang kamu kenal tu bukan dirinya. tapi lakonannya.
Fenomena yang banyak saya nampak baik di
Twitter mahupun Facebook, couple2 seusia saya, malah ada juga yang lebih muda,
semuanya asyik dilamun cinta. Ada sekali tu, sampai seorang hamba Allah ni duk
memaki hamun perempuan lain yang duk tegur couple dia tu. Allah… lek la dik.
Dia tu bukan suami kamu, tak confirm pun dia suami kamu. Apa hak kamu nak
menghalang sampai memaki hamun orang lain? Mana letaknya adab kamu pada manusia
yang lain? Runtuh semuanya kerana dibutakan dengan perasaan…
Bila putus, frust. Baru nak cari Allah. Tapi
selama dia sedang seronok bercouple, pernah tak dia terfikir di mana letaknya
redha Allah. Kalau ikutkan, elok jugak dia break tu. Bukan apa, cuma mungkin
itu caranya Allah nak uji dia sama ada dia masih ingat akan yang Maha Mencipta
ataupun tak. Ingat, selangkah kita dekat dengan Allah, beribu langkah Allah
akan dekat dengan kita. Tapi selangkah kita jauh daripada Allah, maka beribu
langkah jugalah Dia akan jauh dari kita. Ingatlah Allah saat kamu senang, Allah
pasti akan ingat kamu saat kamu susah.
Kadang-kadang pelik jugak, dalam kalangan
yang sebaya, yang study sama-sama di sini, tak terasa ke bila pensyarah duk
tegur kes-kes couple ni? Tak terasa ke bila ada event yang melarang couple ni? *macam
baru-baru ni ada event ‘Say No To Couple’
* Mungkin tebal sangat kot perasaan sayang tu. Tebal sampai tak tahu nak
bezakan yang baik dan yang buruk. Memang la couple tak salah, kalau dah niat
nak kahwin, tapi dalam usia yang macam ni, nampak sangat takde niat nak kahwin
tu. Nampak macam suka-suka je pun ada.
Tapi dalam masa yang sama, saya jugak nak
ingatkan diri saya dan juga anda yang membaca blog ni, jangan kita benci pada
mereka yang couple. Jangan kita benci mereka. Benci cuma pada silap mereka yang
tersangkut dalam menyalurkan rasa cinta yang sepatutnya diberi pada Allah dan
RasulNya terlebih dahulu. Pesan guru saya, sepatutnya kita bersyukur kerana
kita tak diuji dengan isu couple ni, sebagaimana mereka yang lain. Dalam
menegur mereka yang couple ni, doa agar dijauhkan daripada kita perkara yang
tak kita ingini. Ingat, Allah tu Maha Membolak-balikkan hati kita. Jangan nanti
kita lantang duk menentang, alih-alih terkena pada batang hidung sendiri.
Terasa? Mungkin
inilah saatnya anda berubah. Tanpa nasihat, hati akan mati. Wallahua’alam.
Saya yang
sering tersilap,
p/s: Kepada para pembaca yang ingin berkongsi kisah anda bersama para pembaca yang lain di blog saya, sila-silakanlah isi form di ruangan bawah sekali blog ni. Syukran jazilan :)
No comments:
Post a Comment