Assalamualaikum cinta…
Waalaikumusalam rindu…
Bak kata Pencetus Ummah Rahmat, bila tajuk berkenaan cinta
je, mesti ramai yang datang. Tajuk selain tu, mesti tak ramai yang datang
*fakta realiti remaja zaman sekarang*. Ahah~
Ramai yang kata,
Cinta
itu buta…
Cinta
itu penyeksaan jiwa…
Cinta
itu entah apa-apa..
Ni lah dia masalah manusia dewasa ini. Suka bagi definisi
sendiri. Sedangkan pernah tak terfikir, jika benar ia cinta, ia pasti akan
menuju ke syurga dan jika ia cinta, mengapa ia menuju ke neraka? Kalau dulu,
orang suka cakap, "tak kenal maka tak cinta". Apa kata kita ubah slogan itu
kepada “tak kenal maka taa’ruf”? Anda mampu mengubahnya :D Sedap sikit bunyi.
Maksudnya, kalau kita betul-betul dah berkenan dekat orang tu, tak perlu nak
luahkan perasaan secara berdepan. Tapi terus berjumpa dengan wali dia, iaitu
orang yang dekat dengannya seperti bapanya. Wahai perempuan, kalau betul lelaki
tu suka pada kamu, dia tak akan rosakkan diri kamu dengan maksiat...
Kalau anak Adam,
iaitu kita, boleh melihat syurga, pasti kita akan sedaya upaya cuba untuk masuk
ke dalam syurga meskipun nyawa lah bayarannya. Dan kalau anak Adam itu boleh
melihat neraka, pasti bersungguh-sungguh kita cuba untuk menjauhkan diri kita
daripadanya. CUMA, kena sentiasa ingat, jalan nak ke jannah Allah itu bukan
mudah, bukan ditaburi bunga-bunga yang indah. Tapi pedih. Cukup pedih. Tapi,
jalan nak ke neraka tu pulak, fuuhhh… Mudah, memang mudah. Siap dihiasi lagi
dengan kemewahan dunia. The choice is YOURS. Nak susah dulu, senang kemudian ke…
atau nak senang dulu, susah kemudian..?
Sebenarnya, cinta
itu adalah apa-apa sahaja yang membawa kita ke syurgaNya. Dan dalam soal cinta,
yang paling banyak memberilah yang paling banyak mencintai. Buktinya? Allah (:
Contohnya, oksigen. Siapa yang jadikan oksigen? Dah tentulah Allah. Kita ni manusia yang sering melakukan dosa, tapi di saat kita melakukannya, Allah tahan
tak oksigen tu untuk kita? Allah tarik tak semua pinjamanNya yang lain pada
kita macam mata, telinga, tangan, mulut? Tak kan. Jadi terbukti, Allah amat
sayangkan hambaNya. Sebab tu pintu taubat tu, Allah buka seluas-luasnya untuk kita, selagi kiamat belum tiba. Tak kan nak tunggu bila ajal datang menjemput baru nak
bertaubat, sedangkan bila dia datang pun kita tak tahu kan.
Ingat, Al Imam As-Syafi'e pernah berkata, cintailah mereka yang menyintai Allah. Jika dia mampu meninggalkan Allah, tak mustahil dia mampu meninggalkan kamu...
Sekian,
Coretan saya yang sering tersilap






No comments:
Post a Comment