Pages

Couple?

Assalamualaikum ya akhi ya ukhti.. Salam sejahtera (:

Waktu kelas agama yang lepas, ustazah saya ada membicarakan tentang haramnya couple before akad.

Bak kata ustazah saya, semua orang boleh menuntut ilmu apa sahaja yang dia mahu, tapi tak semua orang mampu beramal dengan ilmunya itu. Kan? Contohnya, dalam saya sedang menuntut ilmu ni, ada je dikelilingi kes-kes couple ni. Ramai tahu couple before akad ni haram, tapi berapa ramai yang sanggup berjihad melawan nafsu untuk tidak bercouple sehingga tiba masanya?

Kenapa haram?

Maksudnya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah sesuatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)
(Al-Israa':32)

Kalau couple sebelum nikah, semua yang kita buat adalah haram. Tipulah kan kalau awak nak kata sepanjang couple, tak muncul rasa rindu, rasa selalu nak berdua-duaan dengan couple awak tu. Maka dari situ situlah timbulnya rasa syahwat dengan couple awak tu *nauzubillah* Mana taknya, hari-hari dok mesej, call tanya khabar kaaaannn...

Jika kasih biar sampai ke syurgaNya...

Tiada istilah 'couple Islamic' okay dalam Islam. Islam menyuruh umatnya taat akan Allah, dapatkan syurgaNya. Bagaimana? Dengan taat akan suruhanNya, tinggalkan laranganNya. Awak nak cakap awak dengan 'couple Islamic' awak tu, awak nak bimbing dia, senang nanti nak tegur dia, senang nak jaga dia. Bro, dengan couple before akad tu sendiri dah jalan menuju ke dalam neraka. Waktu tengah couple tu... awak tengok muka couple awak tu dengan penuh perasaan, dah dosa, apatah lagi berpegang-pegangan tangan. Allah.. sanggup awak bagi bekas je dekat bakal zaujah awak nanti??

Jika ditanya akhirat kelak, jangan kata tiada yang menegur kamu. Cuma kamu tu je yang degil. Kamu sendiri yang membiarkan nafsu mengawal kamu. Ingat, mati tu bila-bila pun boleh. Dah cukup ke bekalan awak? Sampai bila nak hidup jauh daripada rahmatNya? Allahu... Hidayah dari Allah tu perlu dicari, rahmat Allah pula perlu diminta. Dah dapat, peluk, genggam kuat-kuat. InshaAllah...

Wallahua'lam

p/s: Couple yang dimaksudkan di sini adalah couple yang belum tentu lagi hala tujunya. Kalau betul suka dekat dia, kenapa tak jumpa terus parents dia? Mintak tunang? Spare your heart for the one and only future zaujah. Have faith in Allah. He knows what's BEST for us :')

Dalam usaha hijrah,,
 

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Alhamdulillah article yg sgt relevan.. patut dibaca oleh mereka mereka yg berkenaan. Shzween, selamat berjaya , dunia dan akhirat.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam cikgu. Syukran. InshaAllah.. Doakan saya ye cikgu :)

    ReplyDelete