Pages

Monday, 15 July 2013

PLKN :O

Assalamualaikum, salam sejahtera, salam 1 Malaysia *Malaysia Boleh!* :D
*tiba-tiba teringat moment waktu plkn*
Kem PLKN Indera Pahlawan, Maran, Pahang

    Tanggal 4 Januari, saya telahpun berdaftar sebagai salah seorang pelatih khidmat negara di Kem PLKN Indera Pahlawan, Maran, Pahang. Kumpulan 1 siri 10/2013. Nombor IC memang bertuah sungguh kan? *ahahaa~* Mula-mula memang ada rasa macam tak nak pergi sebab dengar macam-macam cerita. Tapi dengar je tak cukup kan, kena rasai pengalaman tu, baru boleh nilai macam mana :)

Semangat, Sejagat DELTA! *tagline kami* 
     Lepas je daftar nama dekat tempat berkumpul, time tu la pelatih akan dipisahkan dengan family masing-masing. Dari sini, bermula la perjalanan saya sebagai pelatih plkn sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bas plkn yang disediakan.

     Walaupun ramai cakap plkn ni macam tu, macam ni, tapi hakikatnya, orang yang dah pergi je tahu macam mana sebenarnya. Kan? Memang masa mula-mula tu jurulatih ada je cakap yang nanti kamu mesti akan rasa tak nak balik. Masa tu saya just fikir, ya ke? Mungkin sebab masa tu masih lagi tak rapat dengan rakan-rakan sekompeni. Tapi ternyata, bila hari terakhir dekat kem, sebelum balik, dah macam air terjun dah air mata yang mengalir. Masing-masing tak nak balik. Masing-masing nak teruskan perjuangan sebagai pelatih kem plkn Indera Pahlawan.

     Walau apa pun, tips yang saya boleh bagi buat adik-adik yang bakal mendaftar sebagai salah seorang pelatih plkn adalah:
Bersama kawan-kawan satu dorm saya *Delta 1* <3
- Baju t-shirt tak payah bawak banyak. Buat berat beg je nanti *haha*
- Kasut sukan kalau tak bawak pun tak apa. Nanti dah sampai sana pihak kem akan bekalkan baju physical training (PT) 2 helai, seluar PT 2 helai, baju kelas 2 helai, seluar kelas 2 helai, kasut PT a.k.a kasut sukan sepasang, tudung plkn 2 helai *bagi muslimah*, kasut kelas sepasang, stoking PT 2 pasang, stoking kelas 2 pasang. Tuala 2 helai, topi satu, buku dgn fail plkn satu. Yang tu semua jadi korang punya nanti, boleh bawak balik rumah. BANYAK kan :)

- Barang yang tak dibenarkan untuk dibawa;
  • Alat solek selain bedak muka dan lip balm
  • Rokok (HARAM)
  • Seterika (iron)
  • Peralatan elektrik yang lain
- Handphone, laptop, camera boleh je bawak. Tapi kena pandai jaga ya. Handphone macam kat tempat saya jurulatih disiplin yang pegang. Hari Sabtu pagi baru dapat balik tapi Ahad petang kena pulangkan semula.

      Hmm.. Rasanya tu je kot. Kalau ada sebarang soalan boleh comment di ruangan bawah. Sekian (:
Pemandangan kem PLKN saya drpd tangga pintu masuk :O

nampak tak yang kat belakang tu SEMUA hutan *sejuk* :D
Berkhidmat Untuk Negara, Wirawati

2 comments: