Pages

Wednesday, 18 July 2012

Tanpa Tajuk


Assalamualaikum! :)
    Anda yang sedang membaca artikel ini sama ada dengan kebenaran atau pun tidak, pastinya anda semua tertanya-tanya mengapakah artikel ini dimulakan dengan ayat sebegini? Apa yang pasti, hanya tuan punya artikel sahaja yang tahu mengapa artikel ini sebegini.
    
     Jawapan bagi soalan anda itu amat mudah. Sebelum saya menjawabnya, izinkan saya bertanya satu soalan, mengapa anda bertanya sedemikian? Oh, ya! Sebelum saya terlupa, lebih baik andai saya menambah satu lagi soalan, adakah wujudnya rasa suspen dalam diri anda?
  
    Jika ya jawapan anda, maka saya jamin memang saya tahu mengapa soalan demikian sering di tanyakan kepada orang-orang seperti saya. Sebelum itu, adakah anda sendiri memahami erti sebenar suspen? Atau bagi anda suspen hanyalah sekadar perkataan bagi memantapkan lagi penggunaan ayat?

    Mengapa tidak anda bertanyakan soalan itu kepada saya? Apakah gunanya diri saya ini sebagai ‘kamus bergerak’ anda? Beginilah. Biarlah saya menerangkan segala-galanya kepada anda.

    Adakah anda tahu apa yang ada di dalam setiap kotak yang ada di sekeliling anda? Jika jawapan anda ‘ya’,  anda seorang yang PEMBOHONG! Wah, sekarang anda marahkan saya pula! Saya mengatakan anda sedemikian kerana mustahil bagi seorang manusia mengingati segala-galanya. Mengaku sahajalah.

    Baiklah. Kembali kepada topik asal. Suspen sebenarnya bukan sekadar huruf tetapi suspen itu sendiri membawa maksud tertanya-tanya. Sama seperti apa yang telah saya lakukan di permulaan artikel ini.

    Sekarang, soalan terakhir saya. Adakah anda faham apa itu suspen? Jika ‘ya’, tahniah kerana dapat memahaminya. Walaupun mungkin sesetengah orang di luar sana ataupun anda mungkin sekali akan berkata “ huh, apalah yang dia ni merepek,”. Namun, tidak salah jika saya ingin menulis artikel sebegini dan perkara ini lebih baik daripada anda yang langsung tidak mencuba dan hanya tahu untuk mengkritik sahaja.

Sincerely,

No comments:

Post a Comment