Pages

Wednesday, 18 July 2012

Jangan Putus Asa Lagi!


Assalamualaikum! :)

     Okay, tadi dekat sekolah ada Majlis Doa Restu untuk semua calon PMR & SPM *ehem! Terbatuk pulak* Waktu sesi ceramah, Alhamdulillah baru sedar yang selama ni Nasma dah banyak bazirkan masa. Jadi Nasma ingat nak kongsi dengan pembaca yang sudi melawat blog Nasma ni :)

     Dalam hidup ni, memang banyak rintangan yang perlu kita lalu. Kalau sekarang kita tak rasa perbuatan kita tu menyakitkan hati orang lain, tunggu dan lihat sampai korang sendiri yang kena balik benda tu. Tapi, apa yang penting, kita mesti sentiasa tabah dan tak putus asa. Hidup ni macam putaran roda. Sebagai pelajar, memang kena banyak berkorban masa + tenaga + drama korea + waktu rest + manga & lain-lain yang seangkatan dengannya.

     Apa yang lagi penting adalah niat dan juga matlamat. Bila kita dah sasarkan matlamat, kenalah usaha kalau nak capai target. Andai kata cubaan kali pertama tak mampu nak capai target, takpe. Cuba lagi sampai berjaya. Dengan erti kata lain, bila dah jatuh tu, bangun la balik. Takkan la bila dah jatuh, dok menangis menyesal, tapi takde usaha nak majukan diri.

     Nampak mustahil lagi-lagi bila dah besar + liat + nak ikut cakap sendiri. But nothing is impossible. The word 'impossible' itself shows that 'I'm.Possible'. Cuba ambil contoh daripada cara seorang bayi membesar.

     Masa dilahirkan ke dunia, benda pertama dari sudut fizikal yang mereka belajar adalah meniarap. Kemudian beralih kepada mengesot ke hadapan. Lalu, sedikit demi sedikit, mereka mula belajar menolak badan mereka untuk cuba merangkak. Selepas berjaya merangkak, mereka akan cuba duduk. Kemudian, bayi yang tadi itu semestinya akan belajar bertatih dengan sendirinya. Sewaktu belajar berjalan, siapa kata bayi itu baru je bertatih, dah boleh kejar orang. *nampak benor nipunye* Kalau korang observe betul-betul, mesti boleh perasan yang diorang mesti banyak kali jatuh. Tapi, tak pernah give up untuk belajar berjalan. *kalau give up, confirm tak boleh berjalan sampai la ni*

     Nampak tak di situ? Kalau korang nak tahu, korang salah seorang daripada bayi tu. Kalau masa bayi dulu tak pernah pun give up nak capai sesuatu, kenapa sekarang nak give up pulak kan? Renung-renung kan la ye wahai sahabat :)

Ikhlas bercerita


    

No comments:

Post a Comment