
Friday, 16 March 2012
Sahabat Teman Rakan
Assalamualaikum & Hi!
Nampak tak apa yang ada dalam gambar dekat atas tu? Tak nampak? Boleh baca bawah ni: ^__^
I asked u if I was PRETTY, u said NO.
I asked u if I was FAT, you said YES OF COURSE.
I asked u if u WANTED to be w/ me forever, u said NO.
I asked u if u would CRY if I walked away, u said NO.
I had heard too much, and need to leave and..,
As I walked away…
U grabbed my arm and told me to stay.
U said…
The only thing FAT, or BIG, about u is ur HEART.
I don’t WANT to be w/ u forever, I NEED to be with you forever.
And friend, I wouldn’t CRY if u walked away…
I would DIE…
Tak bermakna semua kawan yang kita ada tu boleh dipanggil ‘kawan’. Ada sesetengah tu bila kita senang, dah tentu2 dia ‘melekat’ dengan kita. Tapi, saat kita susah? Dia orang pertama bagi alasan. *kalau ada antara korang yang macam ni, ubah la sikap k*
Bukan tu je, ada juga kawan yang berkawan dengan kita sementara sahaja. Contohnya, 001 ni budak baru, dia berkawan dengan 002 sebab dia masih baru. Tapi tak lama lepas tu, 001 jumpa kawan lain yang lagi popular dan top dekat situ, lalu.., si 002 tu pun dilupakan. Berselisih bahu pun si 001 buat tak tahu je *tak patut betul >.<* Sedangkan masa mula-mula 001 masuk tempat tu, dia yang ceritakan macam-macam benda dekat 001, dia jugak lah yang bawa 001 ronda2 sekolah kenal semua orang dekat sekolah. Tapi sekarang ni…? Jenis macam ni memang tak sepatutnya digelar kawan. *pada pendapat saya la*
Pernah tak korang lalui perkara yang macam ni : Korang tengah susah & buntu tak tahu nak minta tolong daripada siapa. Jadi, korang pun diamkan sahaja diri korang tu, sampai lah ada orang yang tanya kenapa muram/monyok/sedih/tak happy/dll. Lepas tu korang pun cerita lah dari A-Z apa yang jadi. Lepas tu si pendengar tu pun bagi la pendapat dia & motivate korang. *at least jadi pendengar yang baik pun cukup la kan J * Baru korang sedar yang dia lah yang sebenarnya korang boleh gelar sebagai ‘kawan’. Bukan ada dengan kita saat senang je, tapi susah pun tetap setia dengan kita.
Itulah maksud sebenar K-A-W-A-N J Sentiasa ada di sisi saat kita senang & susah. Memang susah nak cari kawan sejati, kawan yang sebenar-benar ‘kawan’. Tapi bila dah dapat kawan sejati *best-friend* mesti susah nak lupa dekat dia. Kan ? ;D
Daripada sahabat, buat sahabat,

Labels:
Sahabat Teman Rakan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment