Pages

Friday, 16 March 2012

Buang Masa



Assalamualaikum & Hi!

Saya nak kongsi salah satu daripada pengalaman saya sepanjang hampir 17 tahun hidup J. *Alhamdulillah* Tak ada la gempak mana pun, cuma berkenaan seorang insan bergelar ‘005’.

Sebenarnya, dari awal lagi saya dah perhatikan 005 ni. Sejak pertama kali nampak 005, saya memang nak sangat tahu nama 005 yang sebenarnya. Tetapi, setelah dicari, diselidik, masih tak jumpa jawapan kepada soalan saya.

Sekarang ni kan macam-macam rangkaian laman web sosial yang ada. Jadi, saya pun teruskan usaha menyelidik siapa 005. Lepas satu laman web, beralih kepada laman web yang lain. Tetapi, clue tentang 005 satu pun tak ada.

Disebabkan sifat curiosity saya yang boleh dikatakan agak tinggi, saya tetap teruskan usaha. Sampai la satu hari tu, saya dapat satu clue yang menjadi kunci terhadap identiti 005, iaitu nama dia! Memang agak excited masa tu. Tidak sia-sia saya cuba dan terus mencuba. Lepas dapat clue yang sangat menarik tu, macam biasa, tekan je papan kekunci yang ada dekat phone, *memandangkan saya online guna handphone* hampir semua perkara mengenai 005 saya dapat tahu.

Lepas satu, satu info tentang dirinya saya dapat tahu, rasa excited terus hilang entah ke mana. Wahh! Sejujurnya saya terkejut dengan apa yang saya dapat tahu. Sememangnya ada hikmah saya tak dapat cari apa-apa tentang dia dulu. Tapi lepas dah dapat tahu… Nauzubillah, tak tahu nak cakap apa. -.-

Now that I know who you really are, you are no longer in my mind.

p/s: Kalau rasa suka pada seseorang, jangan main terjah je. Think before you act. Lagipun dalam this point of age, study always comes first. Ingat! Cinta akan manusia, manusia  akan mati, cinta akan Allah yang kekal abadi J Fikir-fikirkan lah ^_^

Yang dah banyak buang masa,

No comments:

Post a Comment