Pages

Thursday, 1 March 2012

Impian Bintang dan Bulan

“ Kakak Yaya! Buat apa dekat tepi gazebo ni? “
“ Kakak tengah tengok bintang dekat langit. Banyak betul bintang malam ni. “
“ Betul! Bulan pun cantik sangat macam arwah ibu. “
Aku tersentak apabila adikku, Wawa berbicara tentang arwah ibu. Ya, ibu memang cantik! Kerana kecantikkan wajah ibulah ayah tertarik kepada ibu. Jika dulu, ibu selalu menemani aku dan Wawa. Kini, semuanya berubah. Ayah pula telah bercerai dengan ibu. Sehingga kini, masih tiada khabar berita. Jika dulu, rumah ini sentiasa riang dengan suara kami sekeluarga. Kini, semunya sepi.

Selepas puas menikmati panorama malam yang dipenuhi bintang yang menghiasi langit serta bulan yang menyinari bumi tatkala malam, aku melangkah masuk ke dalam rumah. ‘baru pukul 10 malam’, kataku sewaktu terpandang jam yang tergantung di dinding. Tiba-tiba, mataku terpaku pada gambar potret kelkuargaku. Potret tersebut banyak menyimpan kenangan.

“Kakak Yaya bila besar nanti mahu jadi apa?”
“Kakak nak jadi angkasawan wanita pertama!”
“Wah, bagus betul cita-cita kakak itu!”
“Mestilah, nanti kakak nak tangkap gambar bintang dan bulan untuk Wawa.”
“Terima Kasih Kakak! Sayang Kakak.”
Aku tersenyum sendirian tatkala teringat semula perbualan aku dan Wawa. Wawa memang seorang yang bijak dan petah berkata-kata. Belum pernah aku melihat kanak-kanak yang seusianya pandai sepertinya. Aku tiada adik lain selain Wawa. Oh ya, dulu aku pernah punya adik selain Wawa. Namun, adikku yang diberi nama Putri itu meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan. Ibu pula meninggal selepas itu kerana kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan Putri. Syukurlah Wawa masih ada. Wawa sering memahami keadaan diriku. Wawa umpama sapu tanganku.

Entah bila aku tertidur di atas sofa pada malam itu. Aku berasa seperti berada di tempat yang sungguh asing bagiku. Tiba-tiba, deria pendengaranku tedengar satu suara yang tidak asing lagi bagiku. “Kakak Yaya… tolong…” Aku yakin aku kenal akan suara itu. “Wawa!” Jeritku. Di satu jarak yang jauh, aku dapat melihat Wawa walaupun keadaan gelap-gelita. Aku ingin menyelamatkan Wawa daripada kegelapan yang tercipta. Aku tahu Wawa takut akan gelap. Tetapi, semakin pantas aku berlari, semakin hilang bayangan Wawa. Semakin jauh Wawa pergi. Aku tersentak sekali lagi apabila aku terjatuh. Lantas, aku membuka mataku. Kini, aku berada di dalam rumah yang menjadi tempat tinggalku. ‘Huh, nasib baik mimpi,’ ucapku dalam hati.

Setelah aku terjaga daripada mimpi yang pelik lagi aneh itu, aku terus membersihkan diriku. Usai segala perkara yang perlu dilakukan, aku turun ke ruang tamu semula. Niat di hati mahu menonton televisyen. Hasratku terbantut apabila hujan lebat di luar. Maklumlah, satelit Astro memang tidak boleh menerima isyarat tatkala hujan. Aku mencapai surat khabar lalu membacanya. Wawa datang kepadaku lalu mengucapkan selamat pagi kepadaku. Satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan.

“ Kakak Yaya, temankan Wawa pergi kedai boleh tak?”
“Kakak malaslah. Lagipun tengah hujan dekat luar. Kita pergi kejap lagi ya?”
“Wawa nak pergi sekarang… Temankan Wawa ya kakak?”
“Wawa tidak nampakkah di luar itu sedang hujan lebat! Kakak cakap nanti, tunggu sahajalah”
“Wawa nak pergi juga sekarang.”
“Pergilah kalau tidak sabar sangat mahu jumpa pak cik kedai itu!”
Entah apa yang membuatku berasa begitu marah akan tindakan Wawa yang mendesakku supaya menemaninya. Selepas aku berkata sebegitu kepada Wawa, Wawa memelukku. Dia mengucup pipiku berkali-kali. Setelah itu, dia berbisik kepadaku. “Kakak Yaya, nanti jangan lupa petikkan bintang untuk Wawa ya. Wawa teringin hendak melihat Kakak Yaya menjejakkan kaki ke bulan,” ucapnya. “Kenapa dengan Wawa ini? Kakak rimas tahu tak!” Lagi sekali, aku telah memarahi Wawa. Namun Wawa hanya tersenyum dan berjalan ke satu arah yang aku sendiri tidak pasti memandangkan surat khabar telah pun berada dalam tanganku

Aku beredar ke dapur kerana tekakku berasa sungguh dahaga. Ketika aku ingin menyambung pembacaan aku sebentar tadi, aku terpana apabila pintu pagar luar yang terbuka luas. Aku membuka pintu lalu mengira kasut dan selipar yang ada. Kurang satu. Selipar yang kurang satu itulah milik Wawa! Tidak sempat mendapatkan payung, aku berlari mencari Wawa yang mungkin sudah separuh jalan ke kedai yang ingin ditujunya itu. Aku tidak kisah biarpun tubuhku sudah basah lecun dengan air hujan yang bertalu-talu mengenaku. Apa yang pasti saat itu, aku terfikir soal Wawa. Dari jauh, aku dapat melihat Wawa yang ingin melintas jalan untuk ke kedai. “Wawa! Tunggu dahulu!”
Dushh! Bunyi kuat itu telah merentap jantungku.

“Wawa! Bangun Wawa! Bangun…” Tubuh Wawa sudah terbaring lesu di atas jalan itu. Biarpun badannya berlumuran darah, aku tidak kisah. Asalkan adik kesayanganku, Wawa tersedar. Air mataku yang jatuh berguguran telah bercampur dengan air hujan yang seperti sedih dengan keadaan Wawa. Namun sayangnya, tiada harapan. Penyesalan datang bertalu-talu dalam kotak fikiranku. Aku rasa cukup bersalah. Kalaulah aku menemani Wawa tadi, mesti perkara ini tidak akan terjadi. Aku pandang pula pemilik kereta yang sudah meragut nyawa Wawa. ‘Ayah!’ Aku terkejut ketika pemilik kereta tersebut adalah ayahku sendiri. Tiba-tiba, pandanganku berpinar, kepalaku terasa berat. Akhirnya, aku pengsan.

“Yaya, cepatlah! Kenapa mengelamun lagi itu?” Aku terkejut sekali lagi apabila rakanku, Ira menggoyangkan tubuhku. Aku meraup wajahku. Jauh betul aku mengelamun. Entah apa sebabnya aku boleh teringat peristiwa 15 tahun lepas. Kini, aku sedang menjalani latihan di Rusia bersama beberapa pelajar yang lain bagi bersiap sedia untuk berangkat ke bulan. Syukur, berkat usahaku aku dipilih menjadi salah seorang angkasawan yang akan berangkat ke bulan.
“ Akan ku petik bintang di langit untukmu, Wawa!”

Moral : Work towards your ambition

p/s: I will try my best until I can hear my mother's heartbeat as a doctor :) aminn..

Sincerely,

2 comments:

  1. fuyooo..nk jd angkswn...saya kecik2 dlu nk jadi designer.haha

    ReplyDelete
  2. cita2 watak Yaya yg angkasawan :) saya doktor cukup la kot. InsyaAllah ^_^

    ReplyDelete