Pages

Thursday, 1 March 2012

Kegagalan Adalah Kejayaan Yang Tertunda

Assalamualaikum & hi!
Walaupun saya bukan seorang ahli falsafah mahupun seorang jauhari, tetapi semua orang pun mesti ada pendapat masing-masing kan? *chewaahh =D*


Semestinya semua orang tahu apa itu ujian. Lagi-lagi ujian yang ada dekat sekolah tu yang lebih dikenali sebagai EXAM! Hmmm... Rasa nya tak ramai yang berminat dengan detik-detik masa exam kan? *haha* Waktu macam ni la ramai yang akan transform mcm 'zombi' dengan mata yang macam beruang panda dan masing-masing pun mesti ada buku dekat tangan.


Cuba bayangkan kalau sepanjang zaman persekolahan ni langsung tak ada exam... Best? *yeke* Think about it back! :) Confirm tak akan ke mana sebab kalau tak ada exam, macam mana nak uji tahap kita di mana & macam nak pastikan apa yang kita dah belajar tu betul-betul faham? Mungkin tak ramai yang setuju, tapi inilah hakikatnya. Jangan nanti bila nasi dah jadi bubur, korang marah kan periuk nasi pulak ye.


-Kegagalan Adalah Kejayaan Yang Tertunda-


Maksud ayat di atas ni bukan bila dah gagal, teruskan je gagal sebab korang tahu yang tu kejayaan. SALAH SAMA SEKALI! Sepatutnya, sebagai pelajar, kena jadikan ayat ni sebagai ingatan: Learn from our mistakes. Dalam erti kata lain, belajar dari kesilapan, bukan dari meniru jawapan. Kegagalan yang kita dapat sebagai keputusan tu, lebih elok kalau cari di mana silapnya.


Bila kita gagal dalam sesuatu perkara, teruskan berusaha! Keep moving forward. Tapi, pastikan yang langkah seterusnya disertai dengan persiapan yang lebih rapi. Think positive. InsyaAllah, lepas berusaha dan terus berusaha pasti akan berjaya. Bak kata seorang ahli falsafah ni *yang semestinya bukan saya =D* belajar ibarat menanam sebatang pohon. Jika tidak dijaga, nescaya luruhlah semuanya. Tetapi jika dibaja dan dijaga, pohon yang dahulunya cuma daun semestinya akan berbuah. Jika nak disamakan ayat tu dengan belajar+kegagalan, katakanlah kalau korang gagal dalam beberapa subjek dekat sekolah, lepas tu, buat macam-macam cara, nak perbaiki keputusan korang. Selepas beberapa ketika, Kejayaan dalam genggaman. Tak ke kembang-kempis hidung korang nanti *haha =P*


Mungkin waktu sekarang ni, tak ramai yang sedar pentingnya memiliki ilmu. Percayalah, walau berapa banyak pun duit yang korang ada, tapi tak ada ilmu, tak guna jugak. Bila-bila masa je harta tu boleh hilang entah ke lubuk pelaburan mana. Tapi bila dah berharta, berduit lagi berilmu, jangan pulak lupa dekat yang Maha Memberi rezeki. :) Sesungguhnya Dia tidak akan melupakan dirimu selagi kamu tidak melupakanNya.


Dalam dunia ni semua orang pun pandai. Antara rajin vs malas je yang menjadi pertaruhan.


Sekian, salam ukhuwah :)
p/s: Maaf jika terkasar bahasa, tersalah kata, terasa dekat mana-mana. Semua orang pun buat silap termasuk saya :)

No comments:

Post a Comment