Pages

Wednesday, 11 February 2015

Magiknya Berhijab!


Bismillah...

Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Cuti Semester semua ^_^

Lama tak update. Menghilang sekejap. Sejak balik semenanjung ni, alhamdulillah rezeki setiap minggu dapat bermusafir. Minggu pertama ke Perak, minggu kedua ke Kelantan, minggu ketiga ke Saujana Putra, minggu keempat ke Johor, minggu kelima ke Desa Pinggiran Putra *mungkin minggu ini ke Perak semula* kini cuti saya tinggal kurang lagi dua minggu. Sekejap betul masa berlalu. Fuuhh~

Okay, tajuk kali ni adalah tentang "Magiknya Hijab". Ya, HIJAB. Saya yakin semua tahu kan yang pakai tudung labuh tu tak wajib, tetapi melabuhkan tudung itu wajib. Saya ulang, melabuhkan tudung itu wajib.

Maksudnya macam mana tu ukhti?

Maksudnya, kalau hang nak pakai tudung hana tajima ke, tudung shawl berbelit ke, tudung bawal fesyen 2020 sekalipun, boleh. Takde masalah. TETAPI, biarlah ianya labuh menutup apa-apa yang patut. Faham?

Pernah tak?

Korang tengah jalan, tak kisah la seorang diri ataupun beramai-ramai, lepas tu ada orang tengok je korang? Lama pulak tu. Rasa macam nak bagi makan pelempang pun ada. Pernah tak lalui situasi macam ni?

Persoalannya, kenapa mereka pandang?
Adakah mereka pandang, sebab mereka kenal anda?
Atau mungkin pernah nampak dekat mana-mana sebelum ni?
Ataupun... kerana pakaian anda yang memanggil mereka untuk memandang?

Tapi... saya dah tutup aurat dah ni. Diorang pandang jugak. Hisy, geramnya!

Lagi sekali, define menutup aurat? Tetapi kalau aurat anda memang dah sempurna dibalut ditutup dan mereka tetap pandang, check balik wangian anda yang mungkin terlalu banyak mengalahkan duta minyak wangi ke, takpun buat tak tahu je. Doa banyak-banyak agar dijauhkan dari perkara-perkara yang tidak baik.

Kalau anda nak orang lain hormat anda, hormat dulu orang lain tu. Dan yang paling penting, HORMAT DIRI SENDIRI dulu. Jaga kehormatan.

Mudahkan 'peraturan' ini?


Berbalik kepada tajuk asal post ni. Kenapa saya kata ianya satu magis, magik, miracle dan apa-apa yang seangkatan dengannya? Mudah. Bila anda melabuhkan tudung anda, inshaAllah Dia jaga. inshaAllah orang lain juga akan hormat anda. Macam yang saya kata, saya gemar bermusafir. Kadang sendirian, kadang berteman. Bila sendirian tu yang biasanya macam-macam tanggapan singgah dalam benak fikiran. Yela, sedangkan matahari tengah terpacak atas kepala pun macam-macam kemungkaran boleh berlaku, inikan pula bila matahari diganti dengan bulan. Allah.. tawakal betul waktu macam ni.

Syukur, bila sudah menjaga, melabuhkan apa-apa yang patut, tak ramai yang berani kacau. Kenapa saya kata tak ramai? Sebab saya tak nafikan memang akan ada je manusia jenis yang suka kacau muslimah tak kira dalam apa jua keadaan pun. Tetapi sekali lagi, kalau gegirl tak melayan, tak ada la si boboi ni nak terus kacau. Kan?

Bukan takat di alam realiti, malah di alam maya sekalipun, saya tengok masyaAllah.. Cantik betul muslimah yang berhijab ni! Tapi ukhti, erm.. kenapa banyak sangat selfie ni? Boleh selfie, tak salah. Tetapi pertamanya, tengok niat atas alasan apa gambar itu di-upload. Ingat, apa yang kita niat, itu yang kita akan dapat.

"Saya upload gambar ni.. sebab saya 'ikhlas', tak harapkan apa-apa like pun" *kelip2 mata*

Yakin? Kalau macam tu kenapa upload? Cukup la anda sahaja yang menatap wajah anda. Pernah sekali satu ketika saya upload gambar muka saya *selfie waktu zaman jahiliah. Ahaha~* Lepas tu kawan sematrik saya tanya, "apa perasaan kau tengok muka sendiri kat screen tu?"

Saat tu.. Dush! Tepat ke dasar jantung. *Sakitnya tuh di sini..*

Kau rasa kau comel? Maka ucapkanlah Alhamdulillah, praises to Allah, segala puji bagi Allah..

Persoalannya, ada ke manusia ciptaan Allah yang tak comel, tak cantik?
Firman Allah dalam surah at-Tin ayat 3:
Sesungguhnya kami menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian
*btw, cantik itu subjektif ok*


Hijab itu menjadi magik, apabila tujuan diperintahkan menutup aurat itu adalah untuk menjaga kehormatan wanita pada zaman dulu, kini dan selamanya.

Tetapi sayang beribu kali sayang, apabila hijab itu tidak dipraktikkan dengan sempurna. Analoginya macam anda nak lakukan aksi silap mata, kalau salah langkah alamatnya tak jadilah kan magik tu? Begitu juga dengan hijab..

"Harap je bertudung, tapi buat orang sakit hati! Baik tak payah pakai tudung macam tu"

Kata-kata anda ni sama je macam ni:
"Harap je Islam, tapi tnggal solat, tinggal puasa, zakat entah ke mana. Baik tak payah Islam!"

"Eleh, aku yang tak berhijab ni lagi baik la dari dia. Kau berhijab tak semestinya kau baik"

Erm.. Kalau macam tu, cuba kau fikir balik, sekurang-kurangnya dia tak tarik sekali ayah dia, abang adik lelaki dia ke jalan neraka. Memang Allah tak lihat pada pakaian, tapi Dia lihat akan hati kita, tetapi Dia tak kata pun boleh dedah aurat, kan?
*sentap*

Pernah sekali saya terbaca satu ayat di laman muka buku. Katanya:
Pandangan wanita pada lelaki, tak sama dengan 'pandangan' lelaki pada wanita


Faham? Jom ubah sama-sama, inshaAllah.
Setkan niat, tetapkan matlamat! ^_^

Yang masih lagi berusaha,

No comments:

Post a Comment